Thursday, March 30, 2023

REN

REN

Prangg.......  Cermin dinding bersebelahan dengannya pecah dengan tiba- tiba . Saito, berbadan sederhana tinggi  168 sentimenter tinggi , berambut ginger wajahnya seperti kacukan padahal dia berasal dari daerah Hokkaido. Bibirnya kemerah - merahan menadakan beliau tidak merokok . Mengengekalkan prinsip tidak merokok. Tetapi mempunyai hobi yang aneh mengumpulkan sample serangga. sebagai koleksinya.

Matanya masih merenung cemin yang terhempas itu,tiba -tiba satu kenagan menjadikannya kaku disitu. Peristiwa dia berada di tepi sungai yang mengalir ke Bandar Yokohama. Suatu perasaan aneh bersarang dihatinya. mengapa kenagan itu kembali.

" Hoi,kenapa termenung .... jauh sangat ditenungnya cermin pecah tu" Ren memecah mengelamunya itu. Setelah menyiapkan minuman kegemarannya Cappucino bukan Latte  mahupun Amaricano. Bau biji kopi arabica dan robusta menerjah ke lubang hidungnya. ' aah. harummya.'. tetapi tidak  seenak seperti bancuan kopi di cafe dibawah pejabat mereka bertugas. tempat selalunya mereka hanging out  dan memerima maklumat juag bertemu klient.

"Emm... penyangkutnya patah,aku tidak perasan . Maaf." Jelasnya. "Ren,pada hari esok boleh kau temani aku?' soalnya. 

" Boleh juga." Jawab Ren pendek.

Pertemuan mereka berdua selepas peristiwa menyelamatkan mangsa terkandas kerana rel keretapi diletupkan oleh militan. Beberapa mangsa tercampak keluar. Dan disitu mereka bertemu. Saito belumuran darah dan meghairankan tiada apa - apa kecederaan berlaku kepadanya. 

"ehemmm.." 

" Ketua !" mereka berhenti. Dan memberi salam hormat kepada Ketua Pasukan Agensi Penyiasatan Bersenjata , Don Glenn. Setahunya itu bukan nama sebenarnya. Berbadan tegap, menunjukkan beliau pemain pedang yang tangkas. seperti disinya tersisip pedang katana. " Dimana yang lain - lain?"

"selain kami,yang lain - lain mengikuti Rando di tempat kejadian baru - baru ini. Seperti Tuan arahkan "

" Teruskan dengan tugas kamu . Pastikan ianya dibersihkan . Dan jangan lupa ambil maklumat kes terbaru dari elle. Ada tugas baharu untuk kamu,Saito "

" Walaupun kamu baru bertugas disini , ikuti arahan serta seniour kamu . Ren dan Ken, kamu ditugaskan sekali" 

" Baik,Ketua" sambil Elle menyerahkan dokumen kepada mereka. Ken menunjukkan muka tidak puas hatinya setelah Ren menerima dokumen tersebut. ' aku dan Ren lagi ' sambil Ren melemparkan  flying kiss kearahnya. 

Seusai mengemas " Sila baca dokumen ini, catat apa yang penting dipapan putih . Cari maklumat dari pengadu dan maklumat padanya" . Lalu saito mencatatnya dan meneliti maklumat yang diterimanya. Ren dan Ken membantu nya dari sisi lain. 

RINGGGGGGGGG........ 'Rando ?' 

" Helo, Saito disini"

" Tolong maklum kepada pasukan. Kes kehilangan kanak - kanak itu palsu. Cari seorang lelaki yang memakai sut dengan mengunakkan cctv keamanan. Aku masih berada dibalai polis " Rando meninta memaklumkan kepada pasukan. " Baiklah.." jawab saito.

Lalu dia memaklumkan kepada pasukan keberadaan Rando. Dan maklumat terkini diperolehnya. Sekitar jam enam petang. Mereka meninggalkan pejabat. sambil bernyanyi kecil. ianya menggangu konsentrasi Ken, "kenapa kau berulang kali menyaikan lagu sama? tidak bosan kah?"

Dalam diam Saito memandang kagum kepada Ren dan lain - lain . Kerana mempunyai abiliti istimewa berbeza dari manusia normal yang lain.

Monday, March 27, 2023

Hujan

Tap...tap...tap..  rintik-rintik hujan gerimis seakan tidak berhenti Jendela masih berkabus. Dinginnya mencengkam sampai ke tulang hitam. Suasana sunyi sepi kedengaran bunyi jentera berat masih melalui jalan berlubang lumpur. Jam menunjukkan tiga petang waktu tempatan. Tiada tanda-tanda hujan berhenti. 'ahhh persetankan semua itu. Masaalah belum lagi selesai bertambahnya satu lagi. Manusia Harimau atau weretiger. Semacam apa semua ini'

Rando. Dia sibuk dengan tugasan harini. Giginya diketap kuat menahan sakit kerana serangan dari wantia misteri itu. 'celaka,racun apa dia pakai ini. Tangan dan kaki kebas aku kebas..' kakkkk...kakkkk
"Saito!!!!!! Mana kau! Tahu tak kes baru bertambah kau mana hilangnya?? Haaa?? " Pintu kamar terkuak kuat hampir - hampir jatuh rak kecil di sebelahnya. " Gelap gelita buat apa sendirian haaaa? Main sorok-sorok ke? " 

Aku cuma menatap lantai tatami dipenuhi darah. Akibat serangan wanita misteri itu. Luka tikaman ini aku tak mampu menahan untuk beberapa lama. Tolonglah siapa ada disana. Aku tak mampu menahan lagi. Bukkk..buk. " Kenji.. ken.. kentaaaa... Tolong aku! Saito luka parah!!!". Dari samar-samar aku melihat kenji@kenta dan Ren berlari kearahku. "Hei,kau bertubuh kekar macam ini. Luka parah! Pergi mana kau selama ini. Hei,jangan kau cuba pejamkan mata! Bangun!!! Bangunnnn!! Sai.. saitooo!"

Derap tapak kaki meluru ke bilik pemeriksaan kesihatan yang berhampiran dengan pejabat kami. Gelap gelita. Aku tidak dengar akan bunyi sekeliling aku. Aku dimana seperti dalam bilik vakum gelap gelita gelita. Hanyalah aku ingat pisau belati kepunyaan wanita misteri itu. Sepertinya aku penah melihat sebelumnya. Lupa, dimana aku. Dada aku sesak panas. Haus. 'Bunga dan daun berpisah kerana racun' kalimat terakhir sebelum dia meninggalkan aku dengan luka parah. Sepertinya tulang bahuku dislocated sahaja kerana aku mengelak tendangan silang itu. Luka parah di lengan dan peha kerana pisau belati kepunyaan wanita itu. Tangkas. Berbaju gelap beserta pemberat dipergelangan tangannya membuat aku pelik. Selalunya pemakaian pemberat pada tangan sesorang mahir wushu ataupun penyelam dasar. 

Aku seperti hanyut. Sudah berapa hari aku berada disini. " Ken.. ken belikan la aku pau yang kau belikan haritu. Ken,aku lapar nie" suara ren merengek-rengek lapar. Lagaknya seperti kanak-kanak. Suasana di pejabat agensi penyiasatan bersenjata senyap sunyi. Cuma adanya ken dan ren masih dipejabat. Menyelidiki apa yang terjadi harini. "Mana duit elaun ketua beri? Jangan kau habiskan sebelum hujung bulan ni!!" Ren bersuara sedikit ketegangan. Lantaran kemelut perang tiga penjuru. Negara ini kecil saja. Ahhh!! Masani pula kau lapar Ken. Sekiranya bukan kerana kau. Aku masih di gudang lama itu lagi. 

"Nah! Pau. Kau minta. Kacang merah. Lainkali belanja aku pula. Saito bagaimana perkembangannya..?" Zapp.. pau yang gebu itu dilemparkan kearah Ren. Ren berposisi seperti bos-bos dimeja pejabat.kakinya disilangkan ke arah kenji. Dengan tangkasnya disambutnya.. "bukkk .."..kedengaran suara kenji tertawa terbahak-bahak melihat ren jatuh kerana menyelamatkan pau yang dilemparkan. Peristiwa ini mengingatkan aku pada tiga tahun yang lalu di gudang lama itu. 

Bangg...!! Arghhh..!! "Orang lemah sepertimu tak layak untuk menjadi yang terpilih. Kau seperti sumpahan kepada kami. Dan memaksa kami membuat keputusan membuang kau". "Penguasa meminta mengeluarkan kenyataan bahawa kau mati kerana kecederaan kau perbuat". Puing-puing itu berbunyi kerana ditiup angn kencang. Meninggalkan aku dengan  kebenciannya,terpuruk aku disisihkan dalam kelam gelap dingin membeku. Suara katak menyahut sana sini menemani sesepi hatiku kesepian. Terabaikan. Mencampakkan aku seperti melukut ditepi gantang. Apakah salahku. 

Sunday, March 26, 2023

PERIHAL KAREKTOR MANUSIA

8 pagi.
Tergesa-gesa berlari kesana kesini mencari sesuatu yang buat menarik hatinya buat sekian kalinya. 'arghhhhh..mana mungkin manusiawinya tersasar jauh mengena tekaan kes ini sekian kalinya. Bukan sebarangan manusia biasa aku jumpa' . Herot matanya tertancap sebuah nota melekat di kipas angin.. berwarna abu-abu seeakan kesan terbakar padanya. Kecil tapi masih boleh dibaca.

"Pandai. Kotak carian Google selalu digunakan. Warna".  

Apa benda yang dimaksudkan dengan kata-kata tersebut. Pandai? Warna? Google? Ahhhhh,aku tak perlukan mainan politik sebegini. Bukan cerita kelakar. Satu kes dan kesalahan merungkai. Kesilapan besar berlaku. " Semak warna fesyen terkini dalam standards pemakaian sut lelaki. Terutamanya warna tali leher dan klip baju". Pasukan khas pantau terus ke layar kaca mencari maklumat tersebut. Dengan  pantasnya. 48jam misteri kehilangan seorang kanak-kanak berusia 5 tahun yang buta warnanya. Dalam perpustakaan. Hanya tertinggal nota terakhir tersebut.

"Kelakar kes kali ini. Bukan pertama kali kita terima bukan?..mengapa gegabah encik .. ahhh siapa namanya". Sorot matanya mentap remaja lelaki sesusia anaknya yang menuntut menengah tinggi. Apa yang dia teruja kehadiran beliau. Muda belia. Mampu mengengungkai permasalahan dengan pantasnya. Apa makan apa semasa ibunya mengandungkan anakanya ini. Anaknya sendiri sesuianya masih sibuk mengadu meminta - minta keperluannya di perlukan. Iq peringkat tertinggi pun tak mampu menjawab persoalan sebegini rupa. " Ya. Aku minta pertolongan ahli yang benar. Kes ini melibatkan nyawa kanak - kanak. Aku habis fikir. Budak. Buta warna. Tapi nota melekat dikipas angin. Warna krayon di lantai bersama lukisan seperti ini. Daun berwarna hijau."

"Habis? Mengapa perlu keahlian aku ini? Jelas kes ini melibatkan seluruh ahli dalam organisasi dalam pembinaan negara kita bukan ? " Ujarnya Rando Nakamura. Remaja lingkungan lima belas tahun itu mengajukan pertanyaan kepadanya semua dan membahaskan kembali apabila dia menunjukkan lukisan krayon menggambarkan daun. Seperti tiga tahun lalu lukisan sama tetapi berbeza dari ini. Daun tetapi yang lalu bunga. Adakah orang yang sama? Motifnya seakan-akan hasil tangan yang sama. Tetapi tiada kesan cap jari pada lukisan,krayon itu serta nota kecil pada kipas angin. 

" Tak perlu perbahaskan. Empat puluh lapan jam. Kanak-kanak itu hilang bukan. Tapi bukan kanak-kanak pelakunya. Kanak-kanak itu watak dalam kes ini. Seumuran belia..khasnya." Aku terpana seketika tentang jawapan tersebut. " Sudah semak tema warna yang saya minta,Encik Yami ? "

'PANDAI,KOTAK CARIAN GOOGLE,WARNA,KRAYON,DAUN,BUNGA,SUT LELAKI,TALI LEHER , KLIP BAJU,BUTA WARNA DAN LELAKI BELIA'


Monday, February 27, 2012

Hati 3


tersarang dengan banyak nya abah-abah yg menggusur
tersarang kekalutan duniawi yang melekakan
tersarang khilaf merangkak-rangkak
dengan tangan tadah menadah ke langit
dengan lara tersimpan mampan
kekalutan pada cinta yang basi
pada janji yang selalu dilupai
pada hati yang dihancuri
menadah lagi sekian kali
tanpa malu
berjujuran mutiara
semahal maruah

HATI 3 (BASED Facebook/mineko mun)

about an hour ago
DEDAUN BERGUGURAN
TITIK EMBUN TITIK DARI MATANYA
PENGERTIAN KATA
TANPA BICARA
TANPA TULISAN
TANPA BUNYIAN
RESAH WAJAH ITU
MENGURUNG SEJUTA KATA

TAMPAK KASAR
TAMPAK KABUS
MERASA ITU KELABU
KELABU YANG DIA PERNAH CINTAI
BENCINYA PADA MATAHARI
MEMBAHANG MEMAKSA
DIA YANG TERBAIK
WALAU RUPANYA IA 
CANTIK

GULA PASTI CAIR 
LEBUR 
LUNTUR
RAMAI MERASA
MENINGGAALKAN SEBUAH KATA

Friday, November 13, 2009

PAGI

SALAM DAN SELAMAT PAGI. AKU SEJAK KEBELAKANGAN INI BIMBANG UNTUK MENGADAP PEPERIKSAAN AKHIR. ULANGKAJI DAN .. HUHU KERTAS2 PON DAH SERBUT. FINAL PROJEK PON TAH PAPER..


SALAM,
MOON

Thursday, November 12, 2009

pagi

ermm.. hu.. haru biru lah keadaan aku sekarang ni. harap2.. aku ok hendaknya.
ermm........out. idea dah abes..