Monday, March 27, 2023

Hujan

Tap...tap...tap..  rintik-rintik hujan gerimis seakan tidak berhenti Jendela masih berkabus. Dinginnya mencengkam sampai ke tulang hitam. Suasana sunyi sepi kedengaran bunyi jentera berat masih melalui jalan berlubang lumpur. Jam menunjukkan tiga petang waktu tempatan. Tiada tanda-tanda hujan berhenti. 'ahhh persetankan semua itu. Masaalah belum lagi selesai bertambahnya satu lagi. Manusia Harimau atau weretiger. Semacam apa semua ini'

Rando. Dia sibuk dengan tugasan harini. Giginya diketap kuat menahan sakit kerana serangan dari wantia misteri itu. 'celaka,racun apa dia pakai ini. Tangan dan kaki kebas aku kebas..' kakkkk...kakkkk
"Saito!!!!!! Mana kau! Tahu tak kes baru bertambah kau mana hilangnya?? Haaa?? " Pintu kamar terkuak kuat hampir - hampir jatuh rak kecil di sebelahnya. " Gelap gelita buat apa sendirian haaaa? Main sorok-sorok ke? " 

Aku cuma menatap lantai tatami dipenuhi darah. Akibat serangan wanita misteri itu. Luka tikaman ini aku tak mampu menahan untuk beberapa lama. Tolonglah siapa ada disana. Aku tak mampu menahan lagi. Bukkk..buk. " Kenji.. ken.. kentaaaa... Tolong aku! Saito luka parah!!!". Dari samar-samar aku melihat kenji@kenta dan Ren berlari kearahku. "Hei,kau bertubuh kekar macam ini. Luka parah! Pergi mana kau selama ini. Hei,jangan kau cuba pejamkan mata! Bangun!!! Bangunnnn!! Sai.. saitooo!"

Derap tapak kaki meluru ke bilik pemeriksaan kesihatan yang berhampiran dengan pejabat kami. Gelap gelita. Aku tidak dengar akan bunyi sekeliling aku. Aku dimana seperti dalam bilik vakum gelap gelita gelita. Hanyalah aku ingat pisau belati kepunyaan wanita misteri itu. Sepertinya aku penah melihat sebelumnya. Lupa, dimana aku. Dada aku sesak panas. Haus. 'Bunga dan daun berpisah kerana racun' kalimat terakhir sebelum dia meninggalkan aku dengan luka parah. Sepertinya tulang bahuku dislocated sahaja kerana aku mengelak tendangan silang itu. Luka parah di lengan dan peha kerana pisau belati kepunyaan wanita itu. Tangkas. Berbaju gelap beserta pemberat dipergelangan tangannya membuat aku pelik. Selalunya pemakaian pemberat pada tangan sesorang mahir wushu ataupun penyelam dasar. 

Aku seperti hanyut. Sudah berapa hari aku berada disini. " Ken.. ken belikan la aku pau yang kau belikan haritu. Ken,aku lapar nie" suara ren merengek-rengek lapar. Lagaknya seperti kanak-kanak. Suasana di pejabat agensi penyiasatan bersenjata senyap sunyi. Cuma adanya ken dan ren masih dipejabat. Menyelidiki apa yang terjadi harini. "Mana duit elaun ketua beri? Jangan kau habiskan sebelum hujung bulan ni!!" Ren bersuara sedikit ketegangan. Lantaran kemelut perang tiga penjuru. Negara ini kecil saja. Ahhh!! Masani pula kau lapar Ken. Sekiranya bukan kerana kau. Aku masih di gudang lama itu lagi. 

"Nah! Pau. Kau minta. Kacang merah. Lainkali belanja aku pula. Saito bagaimana perkembangannya..?" Zapp.. pau yang gebu itu dilemparkan kearah Ren. Ren berposisi seperti bos-bos dimeja pejabat.kakinya disilangkan ke arah kenji. Dengan tangkasnya disambutnya.. "bukkk .."..kedengaran suara kenji tertawa terbahak-bahak melihat ren jatuh kerana menyelamatkan pau yang dilemparkan. Peristiwa ini mengingatkan aku pada tiga tahun yang lalu di gudang lama itu. 

Bangg...!! Arghhh..!! "Orang lemah sepertimu tak layak untuk menjadi yang terpilih. Kau seperti sumpahan kepada kami. Dan memaksa kami membuat keputusan membuang kau". "Penguasa meminta mengeluarkan kenyataan bahawa kau mati kerana kecederaan kau perbuat". Puing-puing itu berbunyi kerana ditiup angn kencang. Meninggalkan aku dengan  kebenciannya,terpuruk aku disisihkan dalam kelam gelap dingin membeku. Suara katak menyahut sana sini menemani sesepi hatiku kesepian. Terabaikan. Mencampakkan aku seperti melukut ditepi gantang. Apakah salahku. 

No comments:

Post a Comment