Sunday, March 26, 2023

PERIHAL KAREKTOR MANUSIA

8 pagi.
Tergesa-gesa berlari kesana kesini mencari sesuatu yang buat menarik hatinya buat sekian kalinya. 'arghhhhh..mana mungkin manusiawinya tersasar jauh mengena tekaan kes ini sekian kalinya. Bukan sebarangan manusia biasa aku jumpa' . Herot matanya tertancap sebuah nota melekat di kipas angin.. berwarna abu-abu seeakan kesan terbakar padanya. Kecil tapi masih boleh dibaca.

"Pandai. Kotak carian Google selalu digunakan. Warna".  

Apa benda yang dimaksudkan dengan kata-kata tersebut. Pandai? Warna? Google? Ahhhhh,aku tak perlukan mainan politik sebegini. Bukan cerita kelakar. Satu kes dan kesalahan merungkai. Kesilapan besar berlaku. " Semak warna fesyen terkini dalam standards pemakaian sut lelaki. Terutamanya warna tali leher dan klip baju". Pasukan khas pantau terus ke layar kaca mencari maklumat tersebut. Dengan  pantasnya. 48jam misteri kehilangan seorang kanak-kanak berusia 5 tahun yang buta warnanya. Dalam perpustakaan. Hanya tertinggal nota terakhir tersebut.

"Kelakar kes kali ini. Bukan pertama kali kita terima bukan?..mengapa gegabah encik .. ahhh siapa namanya". Sorot matanya mentap remaja lelaki sesusia anaknya yang menuntut menengah tinggi. Apa yang dia teruja kehadiran beliau. Muda belia. Mampu mengengungkai permasalahan dengan pantasnya. Apa makan apa semasa ibunya mengandungkan anakanya ini. Anaknya sendiri sesuianya masih sibuk mengadu meminta - minta keperluannya di perlukan. Iq peringkat tertinggi pun tak mampu menjawab persoalan sebegini rupa. " Ya. Aku minta pertolongan ahli yang benar. Kes ini melibatkan nyawa kanak - kanak. Aku habis fikir. Budak. Buta warna. Tapi nota melekat dikipas angin. Warna krayon di lantai bersama lukisan seperti ini. Daun berwarna hijau."

"Habis? Mengapa perlu keahlian aku ini? Jelas kes ini melibatkan seluruh ahli dalam organisasi dalam pembinaan negara kita bukan ? " Ujarnya Rando Nakamura. Remaja lingkungan lima belas tahun itu mengajukan pertanyaan kepadanya semua dan membahaskan kembali apabila dia menunjukkan lukisan krayon menggambarkan daun. Seperti tiga tahun lalu lukisan sama tetapi berbeza dari ini. Daun tetapi yang lalu bunga. Adakah orang yang sama? Motifnya seakan-akan hasil tangan yang sama. Tetapi tiada kesan cap jari pada lukisan,krayon itu serta nota kecil pada kipas angin. 

" Tak perlu perbahaskan. Empat puluh lapan jam. Kanak-kanak itu hilang bukan. Tapi bukan kanak-kanak pelakunya. Kanak-kanak itu watak dalam kes ini. Seumuran belia..khasnya." Aku terpana seketika tentang jawapan tersebut. " Sudah semak tema warna yang saya minta,Encik Yami ? "

'PANDAI,KOTAK CARIAN GOOGLE,WARNA,KRAYON,DAUN,BUNGA,SUT LELAKI,TALI LEHER , KLIP BAJU,BUTA WARNA DAN LELAKI BELIA'


No comments:

Post a Comment